Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

12/14/10

pasak

mungkin malam ini bintang sudah muak
mungkin juga, malam ini, bulan sudah mula tak nampak
mungkin, esok pagi ayam dah tak mahu memekak
mungkin juga, esok pagi, matahari sudah mula mengelak
tapi sayang, percayalah. aku tak mungkin berganjak

p/s : jiwa2kita

11/29/10

when I am talking about you

i
benarkan aku mendalami mu
biarkan aku menyelam ke dasar mu
kata mereka racun
ujar mereka ia bisa mematikan aku
butakah mereka kerana tidak nampak cantik jiwa kamu?
atau cuma
kau yang telah butakan aku

ii
jangan
dinilai
setiap
cebis
cinta
aku
kerna
ia
enggak
pantas
untuk
kamu

iii
antara yang wujud
cuma kau yang aku lihat
terlalu memikat


10/30/10

epos dua manusia

seru semua petala
langit bumi syurga neraka
menghitung titik waktu bermula
isyarat filsuf cinta aku dan dia

pergi engkau kesatkan mata
datangmu bawa, sesatkan dunia
gerak radiusku cantum semula
burai dulu berlalu cuma

tusuk aku juwita hati
percik aku semantik suci
niscaya kita punya koherensi
sesumpahnya aku, sampai mati


sampai tidak bernyawa lagi.

10/27/10

masih

ada hari
yang kita
memang tak boleh lupa
akan sesuatu
apatah lagi
seseorang.

10/20/10

Q and A

hai, siapa kau yang mencuri separuh jiwa aku itu?
mari berkenalan.
namaku soalan.
apa jiwa kamu exist untuk diberikan separuh padaku?


palsu

jangan lagukan apa-apa irama cinta
jika melodinya pincang dan suaramu sumbang, sayang.

tak ada di sisi

setiap irama yang bergema menjanjikan aku suara-suara malaikat malam yang meneman detik-detik sunyi bila airmata aku jatuh mencium bantal menangisi sepi diri.

shit!

aku terlupa kau OT.

heartless

antara sedar, aku tersandar memandang langit yang kelam
seperti meratapi kematian hati ini
yang telah kau bunuh
dengan melangkah pergi.

10/17/10

sudah

aku cuma menanti
jodohku bertemu dengan pagi itu
bilamana detik aku bangun
dan mengatakan
cukuplah, aku sudah tak mahu

ps: terima kasih kakak =)

10/14/10

siapalah saya

waktu pertama kali aku memandang,
kau begitu indah dan manis dalam simpulan senyuman

dan waktu pertama kali aku terpikat,
kau cuma jejaka tampan yang pergi meninggalkan aku tanpa langsung melihat

10/12/10

i am relatively alone here

sosok kau kulihat melepasi ruang-ruang atmosfera
tak tercapai jemari untuk menguismu walau secuit
engkau perlahan-lahan
bersatu dengan malam
sebati dengan alam
membiarkan aku menggigil kedinginan
memandangmu terbang ke awan
dan hilang di celah kepekatan

9/23/10

9/22/10

9/9/10

boneka

kau minta aku fahamkan cerita yang intronya belum pun bermula. kau mahu aku ikut naik turun plot yang aku tak tahu bila perlunya. kau suruh aku mainkan emosi jiwa pada klimaks yang entah bila. maka, belum sempat cerita bermula, kau tamatkan segala-galanya.

8/29/10

gone

you are my only missing chapter
that were never sold in any bookstores
ever again




8/2/10

7/18/10

mimpi

keenggananmu bersenyum membuatkan aku resah sepanjang malam dan aku putuskan untuk melelapkan mata dan bermimpi kita, di satu laman lalang yang luas dan ditemani mentari senja yang begitu indah bewarna jingga kemerah-merahan. cuma kita. dan dalam mimpi aku itu, kau bukan saja bersenyum, malahan mengikutku ketawa.

7/6/10

maling

kenapa kau larikan
hati kecil itu
dalam diam dan begitu senyap
tanpa pengetahuan aku?
dan waktu aku tahu
ia ada pada kamu
kau pula melarikan diri
lalu diam dan senyap
membiarkan aku
terpinga-pinga mencari
hati kecil aku

p/s: yang akan ke kedah selama sebulan.

7/5/10

it's something ( i dont know what)

you left me here alone
with something
i dont know what
but something
but to you
i am nothing
but a girl who has
broke a one night promise
and you left me here alone
with something
i dont know what
but something.
to be with you for me
is everything
to live without you
makes my heart sink
it's just because
you left me here alone
with something
i dont know what but something.

6/25/10

kiriman untuk tuhanku

tuhan,
kalau diberikan peluang,
aku cuma mahu kau beri dia,
memeluk aku,
berlaga bibir,
tubuh menyatu,
dan mengira bintang-bintang di galaksimu,
dan selepas itu,
tolonglah,
aku minta kau hentikan waktu.

di situ.