Showing posts with label fakap. Show all posts
Showing posts with label fakap. Show all posts

12/18/10

sandiwara

peran pentas tuhan
sampai masa ada kesilapan
sampai waktu ada kejahilan
dihukum atas tindakan
dikeji atas ketidakhirauan
oleh
insan
insan
insan
yang ingin menjadi tuan
yang mahu mengaku tuhan
tapi bukan
bukan
bukan

p/s: kerana orang kita terlalu percaya apa saja dan terus hukum tanpa usul periksa

12/10/10

berhenti

aku perlahan dalam setiap hela nafas
dalam setiap senyum malas
dalam setiap ratap belas
aku hiba
aku pasrah apa saja
kerana tuhan lebih berhak peduli apa yang membenak di jiwa

11/14/10

rude

entah apa pula bala kali ini
yang pasti bukan bala yang buat
tapi orang kita
ya, orang kita.

11/6/10

10/23/10

cebis

dan bila kelilingnya berdusta
maka dia patut membenci semua
dan bila ruang itu terbuka
kelilingnya akan menyesali segala

10/20/10

palsu

jangan lagukan apa-apa irama cinta
jika melodinya pincang dan suaramu sumbang, sayang.

10/10/10

9/27/10

(i)


if that's how you play the game
i'll make sure you lose, fucker.





9/23/10

9/17/10

fragile

tandusnya malam itu
bila kau memutuskan untuk memutuskan nyawamu
sedangkan kau tahu tuhanmu melaknat itu

p/s: dont cut yourself. let me.

9/9/10

boneka

kau minta aku fahamkan cerita yang intronya belum pun bermula. kau mahu aku ikut naik turun plot yang aku tak tahu bila perlunya. kau suruh aku mainkan emosi jiwa pada klimaks yang entah bila. maka, belum sempat cerita bermula, kau tamatkan segala-galanya.

9/3/10

kau pathetic

cuba berdiri di tempat aku
maka kau akan tatang perkara-perkara ini
dan langkah yang kau ambil
adalah bukan yang kau bilang pada aku tadi

8/18/10

not on the list

satu hari nanti aku akan tulis pasal kau
cuma bukan di isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu atau ahad.

7/23/10

that is so gentleman of you, my dear

tanpa pertanyaan
apa sudah makan?
gimana perjalanan?
dan bagaimana kesihatan?
kau langsung tak menoleh
bahkan menepis bila aku menghulurkan tangan
terima kasih
maka ini barulah lengkap penderitaan



7/19/10

big L

biasalah
bila awak punya kelebihan
semua orang akan pandang
cuma lebih awak pada Lemak
sebab tu orang gelak

5/16/10

foot-in-mouth disease

kau bilang
yang
kau
tak boleh
lupakan
dan tak pernah
cuba melupakan
dia

aku juga
tak boleh
lupakan
dan
tak pernah
cuba
melupakan
itu

5/6/10

dignity

aku rasa tak perlu lagi kau menahan sakit yang selama ini menghenyak tubuhmu ke hujung penjuru kamar. aku yakin juga tak perlu lagi untuk kau ceritakan bait-bait pedih jiwamu kepada setiap terbang pulang burung-burung camar.

gerimis semalam sudah tak mampu kutahankan bila kau langsung lepaskan, lalukan, limpaskan segala kesedihan yang mengalir dalam tubuh badan. dan aku kekeringan air jiwa yang selama ini melimpah ruah untuk aku beri kau simpankan.

dalam kepayahan aku mencuba bangun tapi tetap juga aku meringkuk di dalam penjara jiwa yang tak pernah berkesudahan. lantas meninggalkan aku terpuruk keseorangan tanpa makanan,minuman, apatah lagi belas kasihan.

maruah kau lebih aku pentingkan walau sayang aku memang berpanjangan.
jadi, baik jangan.

4/12/10

realize

aku mungkin sedar aku ini siapa pada mata kamu.

cuma mungkin juga

aku perlu lebih sedar siapa aku dalam hati kamu.


3/29/10

copy

waktu awak buat kopi
awak cuma letak
serbuk kopi
gula
susu
krimer

awak mana pernah letak originality, kan?



p/s: sebab aku pegang gitar dan pakai tudung, aku pun dikatakan mahu meniru yuna. great.

3/26/10