Showing posts with label sesuatu. Show all posts
Showing posts with label sesuatu. Show all posts

11/16/10

tiga hari: timbul tenggelam

menanti bagaimana aku boleh memberi tiga hari kepada seseorang
mencari bagaimana aku boleh menghidupkan tiga hari dalam seseorang
mengakhiri bagaimana aku boleh mematikan tiga hari untuk seseorang

dan seseorang itu masih
menanti dan mencari
tanpa sedikit pun mahu mengakhiri

9/23/10

9/22/10

8/11/10

ramadhan itu

waktu sekarang
doaku agar bisa
menunaikannya
bersamamu setelah
pesan ringkas tadi
yang mengajakku berterawikh
di masjid besi

8/2/10

7/26/10

dan gagah

iyakan,
biarkan,
dan lepaskan.



kerana itu saja yang buat dia aman.


p/s: terima kasih banyak2 untuk yang sudi membantu aku berdiri.
walau aku masih mencuba. lagi dan lagi.




6/27/10

nafi

aku kira pertemuan kali satu itu memang bukan jodoh.
dan aku berkira-kira juga, sebenarnya, aku ini yang bodoh.

6/23/10

perfect

cinta,
sesungguhnya aku dan kau begitu berbeda.
i hate you.

benci,
rupa-rupanya kita serupa.
i love you.

dan kamu
memang versi cinta dan benci aku
i hate you and love you.

6/19/10

satu

ketika degup jantung ini adalah kali ke enampuluhtiga selepas kau memutuskan cinta kita, aku rebah hampa dalam pergelutan antara kita yang tak pernah sudah untuk dicerita. kau seolah-olah punya rahsia yang memang sampai mati pun aku tak akan tahu apa.

dan dalam kesamaran itu, aku masih mahu jawapannya, walau katamu aku tak mungkin dan tak akan tahu sampai bila-bila. salahkah aku bila hati itu kamu beri untuk aku peduli? kejamkah aku bila melemparkan seranah bila kau dulu yang menyakiti?

kau tetap dengan tidak mengalah walau aku berairmata darah. tolonglah, aku dah lelah dalam setiap perbalahan ini. nyatanya, bukan aku saja yang sakit, aku tahu kau juga tentu perit bila masing-masing melepaskan dan melalukan semua yang pernah terjadi.

aku rindu. dan boleh enggak aku ucap, i love you?

untuk: pis yang sayang mama dia banyak macam pokok

6/8/10

alias

aku memekik memanggil namamu.
kau melaung menjerit namaku.
kita menangis, merintih, menagih.
malangnya
itu bukan nama sebenar kita.
itu cuma nama di facebook saja.

5/9/10

berapa nomornya?

excuse me, what is your phone number?
i wanted to know.
does it has three zeros?
or does it rhymed at the back with mine?

excuse me, what is your phone number?
although you're not a plumber
but i wanna know your number
is that over?

excuse me, what is your number?
i just wanna know.
but i dont wanna call
that's all.

4/10/10

4/2/10

mainan tidur

aku mahu cari tujuhpuluhenam tedi kecil
yang kau sorokkan di dalam poket kiri seluar denimmu
dan akan aku cantumkan mereka
menjadi seekor beruang panda yang comel
untuk aku bawa pulang ke rumah.

3/21/10

purnama

baringlah kau di atas ribaan, walau ku tahu engkau tak akan.



3/15/10

sejati

aku dah kata, cuma kita yang kenal kita.
walau nama aku bukan jauhari
dan nama kau bukan manikam

p/s: link untuk puisi ini

2/15/10

9/22/09

Hey, Bukan.

hey kau. aku penat mencari akhiran. aku lelah mengikat simpulan. hey kau. aku cuma mahu jawapan. aku tak ingin cuma kemungkinan. hey kau. kenapa ianya bukan. mengapa aku ini bukan. pilihan. apatah lagi jawapan.

9/18/09

Yang Cuma Dia.

yang tidak terasa yang tidak menangis yang tidak ambil kisah yang tidak bangga diri yang tidak kedekut itu yang merasa itu yang menggembira itu yang diambil berat itu yang boleh dibangga itu yang senang dibelanja jumpa cuma seorang sebab tu aku terlalu sayang kalau hilang sumpah tak dapat bayang cuma dia yang masuk jiwa aku harap dia tak keluar sampai bila-bila

6/8/09

Dua.

persetankan mereka sebab aku makin rasa kita melengkapi kita