Showing posts with label hidup. Show all posts
Showing posts with label hidup. Show all posts

12/18/10

sandiwara

peran pentas tuhan
sampai masa ada kesilapan
sampai waktu ada kejahilan
dihukum atas tindakan
dikeji atas ketidakhirauan
oleh
insan
insan
insan
yang ingin menjadi tuan
yang mahu mengaku tuhan
tapi bukan
bukan
bukan

p/s: kerana orang kita terlalu percaya apa saja dan terus hukum tanpa usul periksa

12/10/10

berhenti

aku perlahan dalam setiap hela nafas
dalam setiap senyum malas
dalam setiap ratap belas
aku hiba
aku pasrah apa saja
kerana tuhan lebih berhak peduli apa yang membenak di jiwa

11/14/10

rude

entah apa pula bala kali ini
yang pasti bukan bala yang buat
tapi orang kita
ya, orang kita.

11/11/10

aku janji akan pergi.

walaupun berada di sana, aku tetap merasa nihil.
nyerinya sama seperti tahun-tahun belakang.
waktu kau biar aku kecundang seorang.
namun, semuanya akan aku lepas.
sikit pun tidak akan ku jentik mahumu.
biar aku dengan ruh ku.
biar aku dengan rute ku.
dan aku akan pulang, bersama tiga tetes airmata kamu.

10/31/10

dadah

spasi itu
cuma untuk aku
dan malamku
bila cahayamu
seperti batu akik
bikin aku kiprah dan berghairah
maka
segala aku
dan altruism ku
cuma kamu sayang
hanya kamu.

10/30/10

encik predictable dari ukm bangi

segalanya penuh teori
dari politik marx, rousseau dan hegel
hingga sastera chairil anwar dan rendra
nama dibawa pergi
ilmu dibawa mati
wahai encik predictable dari ukm bangi,
bagi aku, kau classy.

p/s: aku suka puji. aku juga suka bohong.

10/27/10

masih

ada hari
yang kita
memang tak boleh lupa
akan sesuatu
apatah lagi
seseorang.

10/23/10

cebis

dan bila kelilingnya berdusta
maka dia patut membenci semua
dan bila ruang itu terbuka
kelilingnya akan menyesali segala

10/20/10

palsu

jangan lagukan apa-apa irama cinta
jika melodinya pincang dan suaramu sumbang, sayang.

10/12/10

i am relatively alone here

sosok kau kulihat melepasi ruang-ruang atmosfera
tak tercapai jemari untuk menguismu walau secuit
engkau perlahan-lahan
bersatu dengan malam
sebati dengan alam
membiarkan aku menggigil kedinginan
memandangmu terbang ke awan
dan hilang di celah kepekatan

10/5/10

kembali

sekarang mungkin tidak lagi menjengah
yang ada cuma pasti yang sering menyapa
nyenyak sudah mula menjauhkan diri bila malam tiba
sesak selalu saja merapat bila siang jelma
ketawa sentiasa palsu sumbing tak kena
menangis selalu di hati segan di mata

dan antara semua-semua
dia saja yang kita ada
tak kira siapa dan bagaimanapun kita
cumanya kita lebih peduli yang lain berbanding dia

ya, Dia.

9/20/10

jauh lagi

janganlah begitu begini
bukankah perjalanan itu lebih kool daripada sampai ke destinasi?

9/17/10

fragile

tandusnya malam itu
bila kau memutuskan untuk memutuskan nyawamu
sedangkan kau tahu tuhanmu melaknat itu

p/s: dont cut yourself. let me.

8/25/10

jatuh

dalam setiap yang tuhan bagi,
kau antara episod gagal dalam plot cerita warna warni aku.

8/9/10

nawaitu

bukan niat aku
mengiya
menidak
dalam setiap ucap
dan cakap

bukan niat aku
meneliti
mentafsir
setiap inci gerak
tubuh badan

bukan niat aku
menyama
mengubah
rasa yang tidak tersampaikan

bukan niat aku
menambah
atau menolak
dalam setiap permintaan

dan bukan niat aku
menulis
puisi yang ini
untuk kau bacakan

7/26/10

dan gagah

iyakan,
biarkan,
dan lepaskan.



kerana itu saja yang buat dia aman.


p/s: terima kasih banyak2 untuk yang sudi membantu aku berdiri.
walau aku masih mencuba. lagi dan lagi.




7/19/10

big L

biasalah
bila awak punya kelebihan
semua orang akan pandang
cuma lebih awak pada Lemak
sebab tu orang gelak

7/18/10

mimpi

keenggananmu bersenyum membuatkan aku resah sepanjang malam dan aku putuskan untuk melelapkan mata dan bermimpi kita, di satu laman lalang yang luas dan ditemani mentari senja yang begitu indah bewarna jingga kemerah-merahan. cuma kita. dan dalam mimpi aku itu, kau bukan saja bersenyum, malahan mengikutku ketawa.

7/12/10

nikmat bersama

kalau boleh aku undurkan masa,
aku mau aku, di waktu senja itu, bersama kau,
di bawah pohon, di atas pangkin,
dan menikmati durian
walau aku tau kau tak makan
tapi aku suka
tak salah kan?

6/12/10

bumi tuhan

akan tiba jua
hari yang tentu
dimana kita
tak bisa lagi
bercanda,tawa
mahupun airmata