Thursday, December 8, 2011

mengemis syurga

sepertinya aku pengemis
yang meminta belas
tapi tak pernah membalas
hirup air yang diteguk tidak lagi dirasa
jamah nasi yang disuap sudah tiada makna
kerana aku ini pengemis
walau bagaimana
tetap seorang peminta
yang tak pernah membalas apa-apa
selamatlah atas belasmu, pemberi
kerana pengemis ini sentiasa menadah
biarlah dia sahaja yang menggundah
asalkan di sana syurgamu lebih indah
darinya

6 lidah lain:

ghost writer said...

meminta pada yang layak memberi.

Para Jamaludin said...

gw:
Selain Tuhan, dia itu sangat layak bagi aku.

Anonymous said...

ily

Para Jamaludin said...

ilyt

Eskapisminda said...

ilyt, eh...i mean i love your words :)

Para Jamaludin said...

kehkehkeh! terima kasih untuk mencintai bahasa. itu pun sudah cukup. =)