8/11/11

Entre Nous.

kelemahan yang ternampak
adalah kekuatan yang terlindung
kekasaran yang terserlah
adalah keayuan yang tersimpan
kediaman yang menghuni
rupanya kebisingan yang membingar

dan engkau,
mencintai aku dengan seksa
melukai aku dengan selesa
sehingga aku buta dengan sengaja
kerana tak mahu memandang sesiapa
selainmu