7/24/11

Sebuah Rumah dan Cerita Yang Tak Sudah.

rumah yang kami huni itu
pernah penuh dengan noda
pernah tersungkur pada dosa
ia panas dan merah
didih dan menggelegak
kadang sejuk dan kedinginan
kelam dan kehitaman

ia menyiat-nyiat kulit
sesiapa pun yang lalu atau menyelit
yang menyesak atau mahu menghimpit
aku carik, sakit, sedak, rabak
aku mahu diselamatkan
aku ingin dibuangkan
aku mahu diasingkan

hari ini sepertinya
rumah itu masih lagi bernyanyi
jutaan lagu noda dengan irama yang suci
yang pernah dilagu aku
yang pernah ditari aku

suatu hari

rumah yang kami huni itu
pernah penuh dengan noda 
pernah tersungkur pada dosa

dan aku sekadar memerhati
apa yang tiada lagi
dan tak akan kembali