Mendengar setiap permintaan yang berbeza
Hampir mahu dipenuhkan semuanya
Meniti tiap kejayaan permatanya
Mungkin menitis airmata wanita di dalam hatinya
Mendekat untuk berkasih sayang dalam harapnya
Adalah seluruh jiwa yang tidak tertunjukkannya
Memeluk setiap tangis dan airmata keluarga
Sebolehnya dibendung dan tidak akan berkali kedua
Dan dalam setiap doa serta kiriman surah pertama,
Semoga dia diamankan Tuhan, bersama iman dan agama
Di syurga