aku tersembunyi di dalam yang bukan tempat
aku mencair di dalam yang bukan air
aku membeku di dalam yang bukan ais
aku membahak di dalam yang bukan tawa
aku menangis di dalam yang bukan tangis
sesungguhnya aku adalah apa yang engkau tidak dapat agakkan
aku ini tidak tercapai oleh tanganmu
aku ini tidak tergapai oleh fikirmu
aku ini tidak terulas dalam ucapmu
dan aku ini tidak terhela dalam nafasmu
kerana sebenarnya aku ini
tidak langsung terlintas di dalam hatimu
usah sombong sayang
kerana aku terlebih dahulu begitu