hendak dibilang, siapa yang dengar
hendak ditanya, tak ada yang jawab
mahu ditangis, bahu yang mana
ingin dirayu, kaki siapa
jauh di dalam aku menanam
sedikit hitam ku namakan dendam
ku bunuh berdarah, ku musnahkan pecah
berharap kematian, aku bersumpah
akhirkan ini tanpa paksaan
tutuplah itu dengan kerelaan
mati kamu aku iringkan
dengan hadiah paling indah..
..sebuah senyuman