cintaku tak pernah terucap dalam bahasa hujan
tak pernah terlihat dalam keindahan bulan
tak pernah berkembang dalam jambangan krisan
tak akan berkepul sebanyak awan
cintaku menjadi angin dalam nafas
menjadi lelap dalam siang
menjadi terang dalam malam
menjadi beku dalam mentari
menjadi lebur dalam salji
menjadi senyap dalam bingar
menjadi sabda dalam bisu
cintaku bukan untuk kamu jaga
cintaku bukan juga untuk kau minta
aku tak beri untuk kau merasa
aku juga tak rasa untuk kau sebenarnya
kerana cintaku ini
adalah seorang yang beda
dari seorang yang biasa