ante meridian (i) the end
Saat aku tiupkan semilir dari hujung bibir ini, aku tahu tidak sampai ke hatinya yang panas lagi merah menyala. Waktu aku lucutkan satu persatu jiwa aku untuk dipelukkan aku kepadanya, aku tahu tidak sampai untuk lengannya yang gagah lagi perkasa. Pada masa aku siramkan rintik-rintik cinta, aku tahu dia sama sekali tidak merasa. Maka aku bebaskan, lepaskan semua. Biar cerita yang satu ini aku lenyapkan sampai bila-bila. Bukan kerana apa. Hanya kerana ada yang lebih berhak untuk bahagia.