Mahu Tenang.
cukuplah dengan derita
habislah dengan sengsara
sudahlah dengan terasa
pergi jauh
terbang
hilang pun tak apa
tidak mahu lagi berlaga
tidak ingin lagi tak mesra
tidak perlu lagi bertelagah
tidak payah lagi berbalah
pergi jauh
terbang
hilang pun tak apa
jangan putus saudara
jangan jatuh airmata
jangan datang durjana
pergi jauh
terbang
hilang pun tak apa