Kanvas Kita.
ambilkan kanvas putih
warnakan bersama
aku di sini, kau di sana
kita cantikkan berdua
sesungguhnya dunia tak pernah selesa
ada saja kaki-kaki manusia
datang memijak-mijak karya kita
terpulang kita
mahu senikan kotoran mereka
menjadi cantik di mata semua
atau mencari kanvas baru dan mula semula