buang waktu dulu yang bingit
menerjah saraf telingamu
aku bukanlah masa lalu
yang perlu kau toleh dan ragu
sekarang atau tidak
aku ingin kau rebut kalau mahu
aku minta kau kabut kalau malukerana sebelum dan selepas
masih ada percaya
yang sengaja ditidakkan
kerana ditinggalkan.