6/19/10

satu

ketika degup jantung ini adalah kali ke enampuluhtiga selepas kau memutuskan cinta kita, aku rebah hampa dalam pergelutan antara kita yang tak pernah sudah untuk dicerita. kau seolah-olah punya rahsia yang memang sampai mati pun aku tak akan tahu apa.

dan dalam kesamaran itu, aku masih mahu jawapannya, walau katamu aku tak mungkin dan tak akan tahu sampai bila-bila. salahkah aku bila hati itu kamu beri untuk aku peduli? kejamkah aku bila melemparkan seranah bila kau dulu yang menyakiti?

kau tetap dengan tidak mengalah walau aku berairmata darah. tolonglah, aku dah lelah dalam setiap perbalahan ini. nyatanya, bukan aku saja yang sakit, aku tahu kau juga tentu perit bila masing-masing melepaskan dan melalukan semua yang pernah terjadi.

aku rindu. dan boleh enggak aku ucap, i love you?

untuk: pis yang sayang mama dia banyak macam pokok