Jemari Kaki.
berjalan, berjalan, dan berjalan lagi
luka sedikit jemari kaki
sepatu koyak terkena duri
tersepak batu di kanan dan kiri
mahu duduk tak diberi kerusi
mahu baring bantal tak sudi
apa lagi hanya mampu berdiri
biar kebas jemari kaki
kejang nanti
entah-entah mati