6/12/09

Ada Jawapan.

kepada kekasih yang aku ingin ramas lembut jemarinya, ingin sandarkan beban fikir di dadanya, dan ingin aku balas erat rangkulannya. hati yang aku ada dahulu, sudah bukan pada aku. sudah ada yang ambil, curi. aku telah tanya sama Tuhan aku, apa mungkin yang aku laku itu benar. apa mungkin orang yang aku beri itu benar. dan apa mungkin, hati yang aku bagi itu benar. Tuhan aku mungkin ada jawapannya, yang dia belum bagi setepatnya pada aku. tapi, untuk kebenaran Tuhan aku, jagalah hati aku itu dengan nyawa kamu. kerana aku percaya, dengan cara itu kamu adalah jawapan yang satu oleh Tuhan aku untuk aku.
12 Jun,5:29 pm kamar beradu