5/27/09

Versus.

lemparkan dia pada sampah sana musnahkan dia pada segenap inci tubuhnya hambur setiap sisa jijik benci yang masih ada biar lenyap,lebur tanpa parut apa-apa dulu katanya aku ini kaca bagi dia dulu katanya aku ini racun yang cuma sesakkan nafas dia dulu katanya aku cuma batu picisan yang menghalang perjalanan tapak kakinya hey! aku memang kaca itu yang sekarang ini kau derita kerana ditusuk tajamnya ya! aku memang racun itu yang sekarang ini kau tidak dapat menghela angin yang ada betul! aku memang batu itu yang pada waktu ini darah kau itu berjurai-jurai di kepala campurkan kaca, racun dan batu. sama dengan aku darab kamu.